Apabila tanggungjawab itu rasa berat.

Saya dah banyak kali post pasal benda ni. Saya tahu tu. Tapi saya tengok base on observation saya, prefects saya banyak tunggu arahan. Benda ni tak sepatutnya terjadi kerana mereka sudah ada tanggungjawab. Namun mereka tetap menghiraukannya dan juga mereka tidak peduli tentang tanggungjawab mereka. Jadi apa gunanya mereka berpakaian hijau? Adakah ianya hanya sekadar populariti? Famous? Atau hanya untuk sijil? Kebanyakkan mereka yang terpilih untuk menjadi pengawas dan juga yang terpilih banyak mengeluarkan statement 'hanya untuk sijil' jadi perkara ini lah yang menyebabkan mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Bagi saya mereka tidak rasa apa yang saya rasa. Bagi mereka ini hanyalah satu beban yang mereka tahu saya akan uruskannya tanpa bersuara. Mereka memijak dan tidak menghormati ketua mereka. Memperlekehkan saya. Saya ambil tindakan untuk memarahi mereka. Sayang sekali, tindakan itu hanyalah bertahan untuk seketika.

Ketibaan pengetua baru iaitu Puan Hajah Norlia Bt Abdul Karim amat memberi impak yang besar kepada LPP. Hal ini demikian kerana beliau adalah seorang yang professional terhadap kerjanya. Juga beliau amat teliti akan protokol dan juga procedure. Ini amat bagus kerana pada tahun ini sekolah Pendeta Za'ba cemerlang dari segi akedemik, kokurikulum, dan juga kukurikulum. Namun perkara ini menjadi beban kerana beliau inginkan sesuatu yang baru. Juga pada Selasa yang lepas 26/4/11 Encik Amir Fuad iaitu GPK Hem telah mengadakan mesyuarat bersama sama dengan AJK Tertinggi Pemimpin Pelajar. Dan di dalam mesyuarat itu, beliau telah mengemukakan beberapa perkara yag hendak di ubah bagi memperbaiki LPP. Namun itu adalah rashia LPP dan juga rashia sekolah. Jadi dengan perubahan baru ini mampukah saya bersama sama AJK saya melaksanakan tugas kami ini? Dengan izinNya, esok iaitu Khamis (28/4/11) kami akan mengadakan mesyuarat AJK Tertinggi. InsyAllah.

Jadi apa yang saya ingin sampaikan bahawa banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari bagi memastikan saya mempunyai ilmu dalam mengetuai LPP juga 1400 pelajar yang lain. Dengan ini saya berharap agar guru-guru bersama sama dengan pengawas saya untuk memberi kerjasama yang rasional bagi melicinkan pentadbiran sekolah. Saya juga merupakan pelajar. Tiada bezanya saya bersama rakan-rakan saya yang lain.

*Some text missing.